Berita

MCMC Tawar Dua Biasiswa Baharu Bagi Pembangunan Bakat Komunikasi dan Multimedia

CYBERJAYA, 24 Jun 2025 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan pelancaran dua program biasiswa baharu — Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE — sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan bakat dalam sektor komunikasi dan multimedia (C&M) negara.

Inisiatif ini menandakan kali pertama MCMC menawarkan program biasiswa, sekaligus memperlihatkan komitmen jangka panjang Suruhanjaya dalam membentuk generasi profesional digital masa hadapan yang berkemahiran tinggi dan bersedia memacu kemajuan sektor C&M Malaysia.

Pelaburan Dalam Modal Insan Digital

Kedua-dua biasiswa menyediakan pembiayaan penuh yuran pengajian dan kos sara hidup, selain peluang latihan industri dan pendedahan kepada bidang seperti:

  • Telekomunikasi
  • Dasar dan pengawalseliaan
  • Media dan kandungan
  • Keselamatan siber
  • Internet of Things (IoT)

Melalui pendekatan berstruktur dan peluang berdasarkan merit serta keperluan, MCMC menyasarkan untuk melahirkan tenaga kerja digital yang inklusif, berdaya saing dan inovatif.

 

Biasiswa MCMC LEGASI

(Leaders of the Next-Generation Scholarship)

  • Terbuka kepada pelajar cemerlang peringkat ijazah sarjana muda
  • Pengajian di institusi tempatan atau luar negara dalam bidang berkaitan komunikasi dan multimedia
  • Pembiayaan penuh: yuran pengajian + kos sara hidup
  • Termasuk latihan industri, jaminan kerjaya di MCMC, pensijilan kemahiran digital dan latihan kepimpinan

 

Biasiswa MCMC CARE

  • Berasaskan keperluan untuk pelajar dari komuniti kurang berkemampuan
  • Terbuka kepada pelajar berpotensi tinggi untuk pengajian ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan
  • Merangkumi pembiayaan penuh dan peluang latihan industri di MCMC

 

Maklumat Permohonan

  • Tarikh permohonan dibuka: 24 Jun 2025
  • Tarikh tutup permohonan: 24 Julai 2025
  • Pengumuman penerima biasiswa: Ogos 2025

Untuk maklumat lanjut dan permohonan dalam talian, sila layari:

https://mcmc.gov.my/academy/en/scholarships-1

Sebarang pengumuman terkini akan dimaklumkan menerusi platform media sosial rasmi MCMC.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button