NegeriRencah Hidup

AIM Blok Bintong hidupkan  “Taman Selera” zaman sekolah sempena sambutan Merdeka

SEBUT “Taman Selera” ini semestinya akan mengingatkan masing-masing sebagai kenangan ketika di bangku sekolah.

Menariknya kupon digunakan bagi membeli pelbagai jenis makanan, minuman yang dijual pada hari Taman Selera.

Sebahagian ahli AIM Blok Bintong yang hadir di Dewan Taman Datuk Wan Ahmad, Bintong, Kangar, Perlis.

Disebabkan Taman Selera ini lebih sinonim dengan sekolah maka ia berakhir sebaik masing-masing meninggalkan alam persekolahan.

Bagaimanapun Kumpulan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Bintong, Perlis Utara telah menghidupkan kembali nostalgia “Taman Selera”.

Pengerusinya, Rosmuna Ibrahim berkata, ini adalah kali ketiga selepas dua tahun terhenti program “Taman Selera” disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, AIM Blok Bintong yang membabitkan 400 keahlian ini menyediakan 22 gerai.

“17 gerai menjual pelbagai makanan seperti nasi lemak ayam berempah, sate, syawarma dan tiga gerai menjual pakaian dan sebagainya,”katanya.

SEBAHAGIAN dari gerai menjual pelbagai makanan di Taman Selera AIM Blok Bintong di Taman Datuk Wan Ahmad, Bintong, Kangar, Perlis.

Beliau tidak menjangka sambutan sangat menggalakkan apabila sebanyak RM9,000 kupon berjaya dijual.

“Menjelang 12.30 tengah hari semua makanan dan minuman habis dijual dan ada yang lebih awal,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai “Cik Muna” menjelaskan serentak dengan itu juga diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan AIM Blok Bintong dan Persatuan Wanita Wang Bintong di Dewan Taman Datuk Wan Ahmad, Bintong, Kangar.

Perasmian telah dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan hadir sama Pengarah Operasi Lapangan AIM, Zubairi Mohd Fadzil.

Sempena dengan majlis ini diadakan acara pakaian beragam bertemakan Hari Kebangsaan Ke-65 untuk kanak-kanak.

Juga diadakan pertandingan memasak nasi lemak dan peknga (lempeng).

Selain itu, diadakan acara cabutan nombor bertuah bagi yang membeli kupon Taman Selera. – SM

(Visited 388 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button