Teater

Bangsawan Merong Mahawangsa dipentaskan semula

SELEPAS mendapat sambutan yang hangat, teater Merong Mahawangsa yang dipentaskan di Kolej Vokasional Gombak (KVG) sebelum ini, sekali lagi bakal dipentaskan di Auditorium Parcel E, Putrajaya.

Merong Mahawangsa

Menurut Pengarahnya, Nohman Isa, golongan VIP yang hadir pada ketika itu memberi sokongan penuh dan pementasan kali ini dijangka berskala besar.

 

“Semasa pementasan Merong Mahawangsa di dewan besar KVG, Datuk Zarina dan golongan VIP yang hadir pada ketika itu tertarik lalu mencadangkan agar teater ini dipentaskan semula di pentas yang lebih besar dan  di luar KVG,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, kelainan pementasan pada kali ini, ia dibantu oleh barisan pelakon teater professional selain daripada menampilkan penyanyi Ezlynn yang pernah popular dalam industri hiburan tanah air menerusi lagu berjudul Hai Hai Bye Bye yang pernah bernaung di bawah KRU Records.

‘’Saya bawa masuk sekali kawan-kawan aktivis teater untuk bergabung dalam pementasan kali ini. Kemunculan Ezlynn dalam penampilan istimewa dalam pementasan ini diharap dapat membantu para pelajar menimba ilmu dalam bidang teater,” katanya.

Katanya, KVG sebagai operator persembahan bangsawan Merong Mahawangsa adalah tulang belakang dalam teater ini, begitu juga cikgu-cikgu serta penyelaras pelajar sebagai sebahagian daripada barisan pelakon dan bekerja di belakang takbir.

Walaupun pelajar-pelajar dari KVG ini adalah dari jurusan pengurusan perniagaan, peruncitan, pengurusan insurans dan multimedia namun kata Nohman, para pelajar ini berjaya membuktikan kemahiran mereka dalam persembahan teater.

“Harapan saya untuk teater ini semoga menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak yang bukan bersekolah seni demi mencungkil bakat dan kemahiran mereka dalam kokurikulum,” katanya. – SM

Artikle Berkaitan :>

Teater ‘Kabur’ lain dari yang lain, golongan cacat penglihatan boleh juga menonton!

Kerajaan China mempunyai hubungan baik dengan alam Melayu dan Islam sejak zaman Rasulullah

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button