Berita

McDonalds gagal jaga SOP diarah tutup

Restoran makanan segera McDonalds stesen kereta api Gambir, Jakarta Pusat, ditutup oleh pegawai polis kerana didakwa menyebabkan orang ramai berkerumun sehingga tidak menjaga penjarakan fizikal.

Menurut Ketua Polis Gambir, AKBP Kade Budiarta, orang ramai ini dipicu oleh promo BTS Meal yang dikeluarkan oleh premis berkenaan.

“Jadi, dengan promo McDonald, ia mengundang orang ramai berpusu-pusu termasuk pandu lalu dan penghantar makanan e-hailing untuk membeli atau memesan makanan,” kata Budi ketika ditemui wartawan di Jakarta Pusat, semalam.

Jika didapati bersalah pemilik premis berkenaan akan didenda Rp50 juta bersamaan RM15,000.

(Visited 83 times, 1 visits today)


Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button