pilihanPolitik

MCA pilih untuk bersama Perikatan Nasional

MCA telah membaut keputusan untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selari dengan ketetapan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Parti tersebut dalam kenyataannya berkata, perkara itu merupakan pendirian BN sejak tahun lalu dan MCA mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankannya.

“MCA adalah parti komponen BN dan telah mengulangi ketetapan bersama BN dalam Perhimpunan Agung pada tahun ini.

“Hakikat dan realiti sekarang jelas, tiada satu pun atau gabungan parti yang boleh membentuk sebuah kerajaan stabil.

“Maka jika kerajaan PN dijatuhkan sekarang, ia hanya akan mengheret negara ke dalam krisis politik yang tidak berkesudahan dan pastinya ia memudaratkan rakyat serta negara,” katanya.

Menurut MCA, keputusan Perdana Menteri untuk mengusulkan undi percaya terhadapnya dalam sediang Parlimen pada September lalu dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah langkah yang tepat berdasarkan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Jelasnya, dalam masa yang sama, kita sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang kian merundum, yakni kestabilan politik adalah penting dalam melindungi nyawa dan kehidupan rakyat.

“MCA juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat memandangkan program vaksinasi telah berjaya dilaksanakan dengan pantas kebelakangan ini dan dilihat semakin berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekarang agak kurang berkesan untuk mengurangkan jumlah kes jangkitan.

“PKP yang berterusan ini akan terus meningkatkan kesengsaraan rakyat yang berhadapan dengan
kesukaran mencari rezeki,” katanya.

Tambahnya, vaksinasi rakyat secara menyeluruh merupakan jalan terbaik bagi negara sekarang ini. -SM

(Visited 659 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button