Politik
Trending

MCA mesti sedar diri – Abdul Hamid

PARTI komponen dalam Barisan Nasional (BN), MCA perlu menerima hakikat sama ada mereka masih diterima oleh masyarakat Cina atau perlu bergantung kepada pengundi Melayu.

Persoalan itu ditimbulkan susulan MCA dilihat meminta untuk kekal berada dalam kawasan-kawasan dikatakan tradisinya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hal berkenaan tidak sepatutnya berlaku lagi, MCA mesti berusaha meraih semula sokongan dan kepercayaan masyarakat Cina.

Kemudian, lepaskan kawasan yang kononnya dikatakan sebagai tradisi seperti Tanjung Piai dan Tanjung Malim.

Hal demikian kerana mereka hanya boleh menang dengan pengundi Melayu di sana.

BACA > Warga dari pelbagai negara di Arab Saudi dibenar kerjakan haji — Suara Merdeka

“Mengenai MCA, sekian lama, dan paling akhir di Tajung Piai, MCA cuma boleh menang dalam kawasan majoriti Melayu.

“Namun demikian, ia tidak tahu berterima kasih, terutama sekali setelah menang.

“Malah, untuk menunjukkan ia ‘lebih Cina’ daripada DAP untuk cuba menarik sokongan orang Cina, pemimpin-pemimpinya mengeluarkan kenyataan-kenyatan tanpa menghirau sensitiviti orang Melayu.

“Maka, dalam PRU15, sepatutnya MCA hanya bertanding dalam kawasan-kawasan majoriti orang Cina.”

Demikian pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang diterbitkan portal Islam dan Melayu (ISMAWEB).

[expander_maker id=”1″ more=”Lagi” less=”-“]

Menurut beliau, pemimpin UMNO yang partinya lebih dominan dalam BN perlu bertegas dengan pembahagian kerusi mengikut sokongan majoriti kaum.

BACA > Nasib kanak-kanak Syria, lena di celah sampah — Suara Merdeka

Katanya, siapa lebih rasis jika MCA boleh menang dengan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu.

Tetapi, mustahil pengundi Cina akan memberi sokongan kepada calon UMNO di kawasan yang majoriti penduduknya adalah masyarakat Cina,

Mereka dikatakan akan beralih kepada Pakatan Harapan (PH) sama ada DAP ataupun PKR yang calonnya adalah orang Cina.

“Ia (MCA) juga sepatutnya mendapatkan pengundi-pengundi Cina di kawasan-kawasan majoriti Melayu mengundi calon UMNO, PAS atau Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

“Tetapi, apa yang telah berlaku berdekad-dekad ialah calon mereka diberi bertanding di kawasan majoriti Melayu.

“Mereka tidak boleh menang di kawasan majoriti Cina.

“Pengundi-pengundi Melayu memberi mereka menang. (Jangan harap calon UMNO boleh menang dalam kawasan majoriti Cina. Siapa lebih rasis?).

“Sekurang-kurangnya, sebelum milinium kedua, dikawasan majoriti Melayu di mana tidak ada calon parti orang Cina bertanding, orang-orang Cina mengundi calon UMNO/BN.

“Tetapi, terutama sekali selepas PRU14, apabila MCA jelas tidak boleh mendapatkan pengundi Cina untuk mengundi calon UMNO, mengapa UMNO patut memberi kawasan majoriti Melayu kepada MCA?” soalnya.

Terdahulu MCA bertegas untuk meletakkan calonnya di Parlimen Tanjung Malim pada PRU-15 nanti.

BACA > 25 AJK PKR Saratok penyokong Ali Biju umum keluar parti, — Suara Merdeka

Bagaimanapun, tindakannya mendapat tentangan daripada pimpinan dan akar umbi UMNO di kawasan berkenaan. – SM

[/expander_maker]
(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button