Luar Negara

Pasangan warga China mati dibunuh di bilik hotel di Bali

SEPASANG wargaasing ditemukan mati di sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel serta terdapat kesan luka di beberapa bahagian tubuh.

Menurut Detik.com, dua warga asing berkenaan dipercayai rakyat China menginap di Hotel Intercontinental Jimbaran, Bali, Indonesia ditemukan mati, kelmarin.

InterContinental Hotel Bali tempat mangsa dibunuh
InterContinental Hotel Bali tempat mangsa dibunuh

Identiti pasangan itu dikenalpasti sebagai Li Chiming berusia 25 tahun, berasal dari Guangxi manakala pasangannya, Cheng Jianan, 22 tahun.

Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Kuta Selatan AKP AA. Made Suantara, kedua-dua mangsa ditemukan pada kira-kira pukul 7 pagi dengan keadaan mayat mereka berlumuran darah.

“Salah seorang mangsa, Li Chiming ditemukan dalam keadaan terbaring di teres koridor hotel.

“Terdapat kesan luka di leher kiri dan kanan serta kaki kirinya,” katanya.

Sementara itu, mayat Cheng Jianan pula ditemukan dalam keadaan terbaring dalam tab mandi bilik hotel tersebut.

“Kedudukan mangsa terlentang, terdapat kesan luka pada lehernya. Terdapat juga kesan lebam di dahi. Mangsa ditemukan tanpa seurat benang,” jelas beliau.

Ketika ini, polis sedang menyiasat sama ada pasangan warga asing ini mati dibunuh.

“Kita masih menunggu keputusan bedah siasat. Sementara itu, barang-barang mangsa selamat dan tiada apa-apa yang hilang dan kita masih lagi menyiasat rakaman melalui kamera CCTV,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak hotel juga masih belum memberikan sebarang keterangan berhubung kes tersebut. – SM

(Visited 557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button