Ekonomi

Pekema sokong kenderaan elektrik (EV) diimport ke Malaysia

Persatuan Pengimport dan Perniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyokong perkembangan mobiliti eleketrik dengan mengimport kenderaan elektrik (EV) dan mengoperasikan 19 stesen pengecesan pantas di seluruh negara.

Jawatankuasa Persatuan Pengimport dan Perniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA)

Selain itu, (PEKEMA) telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menaikkan kenderaan import terpakai daripada 35,000 unit kepada 50,000 unit setahun, dengan mengekalkan fi import sebanyak RM10,000 setiap unit.

Secara tidak langsung dapat meningkatkan kenderaan import yang akan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam industri kenderaan kereta import dan industri hiliran.

Menurut Datuk. Mohamed Nazari Noordin, ia boleh mendatangkan hasil fi importkenderaan kepada Miti dan pihak  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula akan dapat kutipan hasil daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan.

Ia juga akan menjana pendapatan kepada industri lain yang terlibat seperti perbankan, insurans, waranti kenderaan dan lain-lain.

Jelasnya, dasar kerajaan yang memperkenalkan Dasar AP Terbuka telah meningkatkan jumlah pemegang AP daripada 100 syarikat kepada 300 syarikat sehingga kini. Oleh itu, peruntukan AP sebanyak 35,000 setahun adalah tidak mencukupi untuk digunapakai oleh keseluruhan ahli PEKEMA.

“Saya amatlah berharap agar MITI dapat meluluskan permohonan  untuk menambahkan kenderaan import terpakai sebanyak 15,000 unit kepada 50,000 unit setahun  agar dapat  memberi ruang yang lebih besar bagi pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara kereta,’’ Katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA KE-42 yang berlangsung di KLCC, pada Sabtu lepas.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memperhalusi cadangan Pekema untuk menaikkan jumlah kenderaan import terpakai daripada 35,000 kepada 50,000 unit setahun.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.

“Had kepada 50,000 unit dimohon kerana tahap yang ada sekarang iaitu 35,000 unit sudah lebih 30 tahun dan tidak memberi gambaran apa yang telah berlaku dalam masa tahun ini.

“Kementerian akan memperhalusi dan akan bekerjasama dengan Pekema untuk mencari asas justifikasi kenapa tahap ini perlu dilihat semula,” ujarnya.

Oleh itu MITI akan buat keputusan berdasarkan data-data yang terkini dan pada masa sama, isu tersebut perlu dibincangkan dengan pihak MOF.

Sementara itu, Datuk Hj. Zainuddin Bin Abd Rahman yang telah memimpin PEKEMA lebih dari satu dekad mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Presiden PEKEMA.

Keputusan itu dibuat demi membuka peluang kepada pemimpin baharu untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan dalam persatuan ini.

Artikle Berkaitan :>

ART Day 2023 berjaya himpun kereta & motor berkuasa tinggi terbesar

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button