Nasional

Altica Sdn. Bhd serah 1,000 kit ujian mengesan vaksin lengkap kepada petugas barisan hadapan

COVID-19 hari ini menjadi endemik sejak ia dikesan akhir tahun 2019, berrmula di wilayah Wuhan, China. Atas dasar keprihatinan, Altica Sdn. Bhd telah menyerahkan 1,000 kit ujian Covid-19, Neutralizing Antibody kepada petugas barisan hadapan yang lengkap divaksin.

Altica Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat pembekal alat-alat perubatan. Justeru dengan  adanya kit ujian Neutralizing Antibody  ia mengesan kehadiran antibodi peneutralan (vaksin)  kepada barisan petugas hadapan yang telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) .

Pengarah Altica Sdn Bhd, Dr. Asnawi Ahmad

Pengarahnya, Dr. Asnawi Ahmad berkata, kit ujian tersebut penting bagi memastikan kadar antibodi peneutralan yang dihasilkan  selepas dos vaksinasi lengkap sentiasa berada pada kadar yang optimum dan melindungi petugas barisan hadapan.

“Melalui sumbangan ini diharap dapat membantu petugas barisan hadapan HCTM  memastikan mereka sentiasa mempunyai sistem imun yang optimum ketika membantu pesakit-pesakit dan juga lebih berjaga-jaga kepada ahli keluarga yang belum menerima vaksin pada persekitaran yang sentiasa berisiko kepada jangkitan.

“Kit ujian Covid-19 Neutralizing Antibody antara yang  pertama   seumpamanya  di negara ini  telah  melalui ujian penilaian di Institut Penyelidikan Perubatan  (IMR), sebuah institusi dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  pada bulan Mei 2021 yang lalu,” katanya selepas majlis penyerahan di Lobi Blok Pendidikan, HCTM baru-baru ini.

Sumbangan kit ujian vaksin  yang bernilai lebih kurang  RM40,000 itu  diserahkan kepada Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid.oleh Pengerusi Altica Sdn Bhd, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin, hadir sama, Pengarah HCTM,  Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin.

Dr. Asnawi Ahmad menambah, melalui ujian penilaian di IMR, keputusan analisis terhadap Coretest mencapai tahap sensitiviti dan ketepatan sebanyak 100 peratus.

“Maknanya alat ini sangat sensitif dan spesifik secara kualitatif untuk mengetahui kehadiran antiobidi penutralan seseorang yang pernah dijangkiti virus Covid-19 atau telah mendapat kadar antibodi peneutralan yang cukup setelah pemberian vaksin lengkap.

“Cara penggunaanya juga mudah dengan hanya dua hingga tiga titis darah yang dititiskan di ruang sampel. Setelah itu cairan buffer sebanyak dua titis dimasukkan ke dalam ruang sampel yang sama  supaya darah bergerak ke arah baris T untuk mendapatkan keputusannya dalam tempoh masa lebih kurang 10 ke 15  minit,” ujarnya.

 

Pengarah HCTM,  Prof. Datuk Dr. Razman Jarmin

Sementara itu, Pengarah HCTM,  Prof. Datuk Dr. Razman Jarmin ketika ditemui berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan sumbangan tersebut untuk menilai keberkesanan antibodi penuetralan di dalam tubuh selepas menerima dos lengkap vaksin.

“Di zaman Covid-19 ini memang semua orang berisiko mendapat jangkitan dan melalui pemberian vaksin ia membantu kita mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan berbanding dengan mereka yang tidak menerimanya.

“Melalui ujian kit seperti Coretests,  walaupun bukan satu kemestian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi saya berpendapat ia salah satu ujian yang bagus digunakan sebagai ujian kendiri di mana rakyat boleh melakukan sendiri untuk mengesan keberkesanan vaksinasi.

“Sungguh pun ujian ini bersifat kualitatif berbanding dengan ujian kuantitatif yang dijalankan di makmal tetapi sekuarang-kurangnya kita tahu apabila mempunyai antibodi yang positif ia membantu melindungi diri daripada jangkitan covid.

“HTCM akan menggunakan kit ini sebaiknya dan mungkin kami akan setarakan dengan ujian-ujian klinikal yang berkaitan dengan penyiasatan antibodi terhadap covid,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, Coretests Neutralizing Antibody Test Kit boleh didapati di kebanyakan farmasi, kilinik dan hospital dengan harga jualan antara RM39 -RM 49 seunit.  – SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button