Nasional

MB Terengganu kena kuarantin 14 hari

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, diarahkan menjalanai kuarantin wajib selama 14 hari sehingga 3 Oktober ini.

Belau diarah berbuat demikian oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu selepas dikesan mempunyai kontak dengan dua individu positif Koronavirus (Covid-19) baru-baru ini.

Namun begitu, Ahmad Samsuri dilaporkan sudahpun menjalani saringan pandemik tersebut dan keputusannya adalah negatif.

“Tindakan pantas telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk mengenalpasti, menghubungi dan menjalankan ujian Covid19 terhadap semua yang berkait dengan kontak berkenaan.

“Pemantauan berterusan juga sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri dengan penuh dedikasi.”

Demikian kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyidin Abdul Rashid dalam satu kenyataan yang turut memaklumkan semua program melibatkan Ahmad Samsuri ditangguhkan.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu akan mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 September ini menerusi video atas talian.

Beliau bagaimanapun, memaklumkan walaupun ujian saringan awal menunjukkan keputusan negatif namun, perlu menjalaninya sekali lagi.

“Ahmad Samsuri telah menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR) Covid-19 dan disahkan negatif.

“Beliau perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan beberapa pemimpin politik perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari terutama mereka yang pulang dari Sabah.

Antaranya adalah Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi yang perlu menjalani kurantin.

Sebelum itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahrl Sufian Hamdan disahkan positif Covid-19 selepas berkempen di Sabah sempena PRN.

Turut dijangkiti adalah, Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Razlan Muhammad Rafii yang turut berkempen di Sabah sebelum pilihan raya di negeri itu berlangsung hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Noor perlu menjalani ujian saringan selepas hadir dalam majlis penyerahan sumbangan di Wisma Darul Aman. – SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button