Negeri

MB Selangor arah wakil rakyat turun bantu rakyat terjejas air

MENTERI Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) dan ahli majlis negeri itu untuk turun sebagai barisan hadapan membantu rakyat yang kini berhadapan dengan masalah air.

Menurut Amiruddin, mereka perlu mengutamakan keadaan rakyat ketika ini dan Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kilang yang menyebabkan pencemaran air berlaku.

“Setiap Ahli Dewan Negeri Selangor, dan ahli-ahli Majlis digesa untuk turun ke kawasan-kawasan terjejas sebagai frontliner dalam menghadapi gangguan air ini. Keperluan rakyat perlu diutamakan.

“Tindakan lebih keras melalui proses undang-undang akan diambil ke atas pihak yang telah menyebabkan insiden ini. Kita tidak akan berkompromi,” kata Amirudin.

Aminuddin berkata, premis kilang terbabit telah disita dan dikenakan kompaun serta pembukaan kertas pendakwaan dengan serta-merta.

Jelas Amiruddin, keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan saluran air dikembalikan ke rumah dan premis perniagaan secepat mungkin.

Sehingga kini sebanyak 78 lori tangki, 22 lori tangki jumbo, 54 tangki statik, 18 pusat khidmat setempat, 8 pili air awam serta 23,000 botol air minuman 5 liter telah diagihkan dan telah dikerah bagi membantu rakyat yang terjejas.

Menurutnya, gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terhenti sejak 10 pagi semalam disebabkan sebuah premis kilan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong.

Sungai Gong merupakan anak sungai kepada Sungai Sembah yang merupakan sungai utama Sungai Selangor. Air dari Sungai Selangor kemudian dirawat di Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

“Kemudian, pencemaran bau sebanyak bacaan kadar 3 TON (Nombor Bau Nilai Ambang) dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

“Sejak insiden ini dikesan, unit bencana dan agensi terlibat khususnya Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor telah bekerja tanpa henti dengan mengambil beberapa tindakan,” kata Amiruddin.-SM

(Visited 424 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button