Nasional

MB Selangor adakan mesyuarat esok, teliti semula pelaksanaan PKPB

Susulan Selangor mencatatkan kes tertinggi COVID-19 tiga hari berturut-turut, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor, esok.

Dalam ciapan menerusi Twitternya, Amirudin berkata mesyuarat itu bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.

“Hari ini, hari ketiga berturut-turut kes baharu COVID-19 kembali mencecah empat angka. Mesyuarat esok akan mengangkat syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara bagi pertimbangan kerajaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Kes positif baharu COVID-19 hari dilaporkan sebanyak 3,332 kes dengan Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes.

Pada Rabu (28 April), daripada 3,142 kes baharu dilaporkan, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 1,019 kes dan pada Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baharu yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes.

— BERNAMA

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button