Bola SepakSukan

Misteri terjawab, Thiago dijangkiti coronavirus

BINTANG Liverpool, Thiago Alcantara telah diuji positif coronavirus dan terpaksa diketepikan dalam dua perlawanan akan datang menentang Arsenal dan Aston Villa.

Pemain tengah Reds berusia 29 tahun itu terlepas aksi sewaktu menundukkan Gunners 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Isnin lalu kerana penyakit misteri.

Namun akhirnya penyakit misteri itu terjawab apabila Thiago disahkan diuji positif Covid-19 dan bakal terlepas perlawanan Piala EFL bertemu Arsenal serta saingan Liga Perdana akan datang.

Liverpool dijadualkan menentang pasukan yang sedang berada pada prestasi terbaik, Aston Villa, Isnin ini (waktu Malaysia).

Selepas melakar kemenangan ke atas Arsenal, bos Kop, Jurgen Klopp mendedahkan Thiago terpaksa diketepikan sehingga rehat antarabangsa berakhir.

Sewaktu bersikap menutup mulut berhubung status pemainnya itu, Klopp memberitahu: “Apa yang pasti, selepas rehat antarabangsa dia akan pulih.

“Dia tidak cukup cergas untuk bermain, hari ini (Isnin lalu), itu sahaja.”

Rehat antarabangsa dijadualkan bermula 7 Oktober ini. Perlawanan pertama Liverpool selepas rehat antarabangsa ialah pada 17 Oktober, apabila mereka akan turun beraksi menentang Everton dalam derby Merseyside.

Doktor pasukan Liverpool, Jim Moxon mendedahkan, kelab terpaksa mematuhi protokol, sambil menambah Thiago berada dalam keadaan baik dan kini sedang mengasingkan dirinya.

“Ini merupakan pilihan individu sama ada untuk mendedahkan kepada umum hasil ujian Covid-19.

“Kami telah mematuhi semua protokol yang telah digariskan dan Thiago berada dalam keadaan baik

“Dia akan mengasingkan dirinya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan berharap dia akan kembali menyertai kami tidak lama lagi,” kata Moxon. – The Sun UK – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button