BeritaNasional

Sebagai PM, Muhyiddin diharap teruskan IPCMC

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diharap terus komited untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Komitmen tersebut diharapkan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum terhadap beliau sama seperti ketika menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Penubuhan IPCMC disifatkan wajar diteruskan kerana dilihat penting dalam mengelakkan salah guna kuasa dan isu berhubung kematian tahanan.

Malah, selain Muhyiddin, cadangan tersebut asalnya disambut baik oleh dua orang bekas Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dua Perdana Menteri berkata ia idea yang baik: Abdullah dan Mahathir.

“Dan Muhyiddin juga berkata ia idea yang baik ketika menjadi Menteri Dalam Negeri. Tiga Perdana Menteri telah mengatakannya, jadi mari teruskannya.”

BACA > Khalid perbetul salah faham ‘Tun M tersilap besar letak jawatan’ — Suara Merdeka

Kata wakil Persatuan Pempromosi Hak Asasi Manusia, Ivy Josiah dalam satu forum anjuran Amnesty International (AI) seperti dilapor portal Malaysiakini hari ini.

Forum yang disiarkan dalam Facebook itu turut disertai wakil Majlis Peguam, M. Ramachelvam dan Bersama Mencegah Kematian dan Penderaan Tahanan (Edict), Rama Ramanathan.

Ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), IPCMC tidak dapat diteruskan apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggesa ia ditangguh.

Rang Undang-Undang (RUU) itu kemudian ditarik balik untuk ditambah baik namun tidak sempat dibentangkan semula selepas PH tumbang pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang kini merupakan Perdana Menteri diharap dapat meneruskan RUU IPCMC itu walaupun ia perlu diperhalusi semula.

Ini kerana, menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan RUU berkenaan akan dinilai semula sebelum diserahkan kepada kabinet untuk membuat keputusan.

Malah, penubuhan IPCMC itu juga disifatkan sebagai pencetus di peringkat global.

Kerana Malaysia dikatakan menjadi negara pertama mempunyai badan khas memantau penyalahgunaan kuasa oleh polis.

“Tiada model (di negara lain) memberikan suruhanjaya disiplin polis dengan kuasa itu. Ini akan menjadi yang pertama di dunia jika ia diluluskan.

BACA > DAP Sabah harap PH tidak tolak kemungkinan Shafie jadi PM — Suara Merdeka

“Ia akan mempunyai kuasa seperti penurunan pangkat sehinggalah pemecatan,” jelasnya. – SM

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button