fbpx
Hiburan

Maydan Trading diperintah bayar RM40,000 kepada Fazura, Universal Music Malaysia

AKTRES Nur Fazura menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mendapati dia tidak melanggar kontrak dan gagal mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan seperti mana yang didakwa oleh plaintif, Maydan Trading.

Mahkamah turut membuat keputusan Maydan Trading membayar isteri kepada Fattah Amin RM40,000.

fazura bertudung | Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini

Dalam membuat penghakiman kontrak di antara aktres yang sedang berbadan dua itu dengan pihak plaintif sudah terbatal dan tidak sah selepas produk itu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Mahkamah turut memerintahkan plaintif membayar jumlah yang sama, RM40,000 kepada pihak defedan kedua iaitu Universal Music Malaysia.


Fazura menerusi satu kenyataannya petang ini berkata, dia bersyukur kerana kebenaran terbukti di mahkamah dan bebas daripada tuduhan yang tidak berasas terhadap dirinya.

“Saya berasa sangat lega kerana akhirnya kes yang berjalan selama hampir tiga tahun ini telah selesai. Selepas ini saya boleh fokus kepada perkara yang lebih penting iaitu keluarga dan kerjaya saya,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan yang sama, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong menzahirkan rasa gembira dengan keputusan mahkamah.

Beliau berkata, akhirnya kes pendakwaan dan perbicaran itu telah diselesaikan sambil menyifatkan Fazura sangat profesional dalam mengendalikan segala komitmentnya.

“Seperti mana yang sering dilakukan oleh Fazura, beliau amat komited dengan komitmen-komitmenya dan kami sangat bersyukur apabila kebenaran sudah terbukti yang kami tidak melanggar kontrak,” kata Kenny.

Pada 16 Disember 2017, pemilik Maydan Trading, Nurhamdan Abd Malek telah memfailkan saman terhadap kedua-dua pihak iaitu Fazura dan Universal Music atas pertuduhan melanggar kontrak.

Tuduhan tersebut menyatakan bahawa Fazura tidak mempromosikan produk “Q Tab” iaitu sejenis produk kesihatan rambut, kulit dan kuku yang dikeluarkan oleh syarikat itu. – SM

(Visited 8 times, 4 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button