Ekonomi

Maybank mohon maaf, jumlah trafik ‘luar biasa’ punca perkhidmatannya terganggu

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya mula mengalami kelembapan berikutan jumlah trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.

Dalam satu kenyataan hari semalam, bank itu berkata ia sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatannya yang menjejaskan penggunaan laman sesawang Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan kad debit bermula Isnin 9 pagi.

“Sila yakin bahawa baki dan butiran akaun anda tidak terjejas dan terjamin dengan kami. Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.

“Kami menghargai sikap bertimbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” katanya.

Walau bagaimanapun, menurut satu hantaran di media sosial rasmi mereka pada jam 6:53 petang semalam, semua perkhidmatan perbankan telah kembali beroperasi seperti biasa dan pelanggan boleh melakukan transaksi perbankan mereka di seluruh platform Maybank.

Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya. – SM

Langgani saluran Telegram Suara Merdeka untuk berita terkini.

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button