fbpx
Jenayah

Mayat warnita warga Indonesia ditemukan SPCG

Bot dinaiki 5 termasuk tekong terbalik di Perairan Tanjung Piai

POLIS Pengawal Pantai Singapura (SPCG) telah menemukan mayat seorang wanita yang merupakan salah seorang daripada tiga warga Indonesia yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di Perairan Tanjung Piai, dekat Pontian, Johor, kelmarin.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, mayat yang ditemukan berhampiran Pelabuhan Tuas pada pukul 12 tengah hari semalam dibawa ke pelabuhan berkenaan, sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, wanita yang ditemukan itu disahkan sebagai salah seorang daripada tiga mangsa yang dicari dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Maritim.

“Pihak SPCG akan menguruskan mayat itu dengan kerjasama Kedutaan Indonesia di Singapura manakala usaha mencari dua lagi mangsa, masih diteruskan,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, tiga warga Indonesia iaitu dua wanita dan seorang lelaki hilang apabila bot dinaiki mereka terbalik ketika cuba melarikan diri daripada pihak Maritim di perairan berkenaan pada kira-kira pukul 2.00 pagi di kedudukan kira-kira 4.3 batu nautika tenggara Tanjung Piai.


Ketika kejadian, bot itu dikatakan membawa lima orang termasuk seorang tekong.

Bagaimanapun tekong bot berjaya diselamatkan dan ditahan manakala seorang penumpang wanita diselamatkan sebuah kapal dagang berhampiran lokasi kejadian. – BERNAMASM

Show More

Related Articles

Back to top button