Jenayah

Mayat wanita kelar tangan sendiri ditemukan dalam sebuah kereta

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 24 April – Mayat seorang wanita berusia 45 tahun ditemukan dalam sebuah kereta berhampiran
pencawang TNB di Jalan Besar Felda Menggong Hutan Perca, Alor Gajah dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam
yang curiga melihat sebuah kereta dan dipercayai terdapat mayat di dalam kenderaan tersebut dalam kejadian
pukul 1.30 petang.

Menurutnya, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri yang pergi ke tempat kejadian
menemukan seorang wanita sejurus pintu hadapan dibuka.

“Mayat wanita itu mempunyai empat kesan kelar di tangan kanan mangsa dan turut ditemukan sebilah parang
yang masih mempunyai kesan darah berhampiran mayat wanita tersebut.

“Polis mengsyaki mangsa telah mengelar sendiri tangannya hingga membawa maut di dalam kereta tersebut,”
ujarnya.

Arshad berkata, hasil siasatan kematian wanita beralamat di Machap Baru itu tiada unsur jenayah lain boleh
disabitkan dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil maklumat daripada waris simati, mangsa yang bekerja sebagai kerani dan mempunyai masalah
kesihatan.

Katanya, mayat wanita tersebut telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Motosikal rosak selepas hilang kawalan sebelum terpelosok di sebuah longkang.

Sementara itu, seorang lelaki meninggal dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Tampin selepas
motosikal yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Jalan Tebong, Alor Gajah dekat sini petang semalam.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, motosikal berkenaan dinaiki dua orang iaitu penunggang,
S.Pravin, 26, dan pembonceng, T. Navindran, 26, dalam perjalanan dari arah Machap menghala ke Tebong.

“Sewaktu tiba di tempat kejadian, motosikal itu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam sebuah longkang
berhampiran,” ujarnya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

(Visited 399 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button