Nasional

Mayat pelajar politeknik lemas ditemukan

SEORANG pelajar kolej Politeknik yang hilang ketika berenang bersama rakannya di Pantai Syahbandar, Tuaran, ditemukan mati lemas.

Md Habbibullah Juhadi, 21, ditemukan orang awam pada pukul 12.16 pagi di pantai tersebut iaitu pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, mereka dimaklumkan pada pukul 6.55 petang mengenai kehilangan remaja itu semalam dan 10 anggota dari pasukan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian.

Pasukan penyelamat dibantu penduduk tempatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Abdul Qawie berkata, operasi yang turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan penduduk kampung tamat pada pukul  1.17 pagi tadi. – SM

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button