Nasional

53 motosikal, lapan kereta terbakar

Sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan meletak kenderaan di Blok 41, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Perumahan Bandaraya Gombak Setia, Kuala Lumpur terbakar awal pagi tadi.

Difahamkan, bomba yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.05 pagi dan sebanyak 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak di kerah ke lokasi untuk operasi pemamadan api.

Komander Operasi, Kup Zaid Zainal berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi dan mendapati api ketika itu sedang marak.

terbakar

“Kebakaran membabitkan 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di kawasan perumahan terbabit.

“Kita mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 5.47 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BACA> Tiga anggota trafik Johor ditahan disyaki terlibat pemerasan

Katanya lagi, kebakaran menyebabkan 53 motosikal itu musnah seratus peratus manakala lapan kereta terbakar antara 60 hingga 80 peratus

Tambahnya, kajadian itu tidak membabitkan mangsa dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. -SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button