Negeri

Mayat lelaki ditemukan terapung di jeti

MAYAT seorang lelaki lengkap berpakaian ditemukan orang awam di Jeti Lama Maritim Cherang Ruku, Pasir Puteh, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Ediansha Endal, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 10.25 pagi.

Beliau berkata, orang awam memaklumkan mayat lelaki berbaju dan berseluar hitam berada dalam keadaan terapung di kawasan laut jeti berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada mangsa.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat identiti mangsa dan maklumat lanjut. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat. – BH-SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button