Politik

Agenda pemerkasaan Bumiputera adalah agenda UMNO – Ismail Sabri

Agenda pemerkasaan Bumiputera adalah agenda UMNO dan saya akan pastikan agenda parti keramat ini akan
dijayakan.

Dalam Bajet 2022, peruntukan kepada orangMelayu dan Bumiputera adalah sebanyak 75 peratus daripada agihan peruntukan mengikut kaum.

Antara inisiatif utama ialah:

Pertama, Program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan sebanyak RM4.8 bilion.

Kedua, Kemudahan pendidikan anak-anak Melayu dan Bumiputera melalui MARA, UiTM sebanyak RM6.6 bilion.

Saya banyak mendengar perbahasan perwakilan yang menyentuh mengenai soal kemiskinan. Saya sendiri lahir dari keluarga miskin. Anak Penoreh getah.

Saya merasai dan memahami apa erti kesusahan sebab itulah agenda basmi kemiskinan menjadi keutamaan saya.

Pandemik COVID-19 juga telah menyebabkan ramai golongan M40 tergelincir kepada B40.

Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi sedang melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar
Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025.

Unit Kemiskinan khusus telah ditubuhkan di EPU, di negeri dan daerah. Saya mempengerusikan Jawatankuasa
Pemandu (BMTKM) di peringkat Pusat bagi memantau SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN perkembangan pelaksanaan program rintis yang dilaksanakan di 80 lokaliti di seluruh negara.

BMTKM akan melibatkan kerjasama strategik dengan semua pihak, Kerajaan Negeri, kementerian-kementerian, pemimpin setempat, universiti tempatan, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO). Insya-ALLAH, sasaran ini akan dapat dicapai akhir tahun 2025.

Selagi hayat dikandung badan, nasib Melayu dan Bumiputera akan saya perjuangkan

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button