fbpx
Jenayah

Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan terapung

MAYAT seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan terapung, dipercayai lemas semasa mandi di tali air di Kampung Marhum, Pekan, Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd. Razli Mohd Yusof berkata, mayat Muhammad Imanudin Mohd Jasmanizam ditemukan pada 8.35 malam, oleh pasukan bomba yang menerima laporan kehilangan mangsa kira-kira satu jam sebelum itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa pergi ke tali air itu bersama dua lagi rakannya untuk mandi, kira-kira pukul 5 petang sebelum disedari hilang.

“Penduduk kampung yang mula mencari mangsa selepas dimaklumkan mengenai kejadian, menemui baju dan selipar mangsa berhampiran tali air itu lalu menghubungi bomba,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Mayat mangsa yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik, dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. – SM


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button