Luar Negara

‘Mayat’ hidup semula selepas 7 jam dalam peti sejuk mayat

SEORANG lelaki bernama Siresh Kumar telah disahkan meninggak dunia oleh doktor selepas terlibat dengan kemalangan di Moradabad, India.

Namun, selepas tujuh jam di dalam peti sejuk bilik mayat, Kumar didapati masih hidup.

Ketua Pegawai Pengubatan, Dr.Shiv Singh berkata pihak perubatan bahagian kecemasan telah melakukan pemeriksaan beberapa kali terhadap Kumar dan mengesahkan dia sudah tidak bernyawa selepas tiada degupan jantung.

Tambahnya, pada pukul 4.30 pagi, mayat Kumat dipindahkan ke bilik mayat dan disimpan di dalam peti sejuk untuk tempoh sekurang-kurangnya tujuh jam.

Pada keesokan harinya, keluarga Kumar bersama polis tiba di bilik mayat bagi tujuan pengecaman mayat dan menandatangani beberapa dokumen bagi persetujuan bedah siasat.

Namun begitu, apabila kakak ipar Kumar, Madhubala Gautam menyentuh Kumar, dia dapati terdapat tanda-tanda bahawa adik iparnya masih hidup.

Kini, Kumar masih koma dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di bandar Meerut.

Menurut laporan Times of India, Kumar mendapat sokongan ventilator dan keadaanya masih kritikal kerana terdapat darah beku di otak.

Doktor sedang meneliti keadaannya dan mahu memastikan dia selamat daripada sebarang jangkitan.

Kakitangan perubatan yang menguruskan Kumar selepas kemalangan menyatakan bahawa kejadian tersebut adalah satu keajaiban.

Namun lain pula bagi keluarga Kumar yang berang dengan sikap cuai pihak hospital dan keluarga Kumar telah menfailkan aduan kecuaian dan pihak hospital bakal disiasat terhadap dakwaan tersebut. -SM

(Visited 476 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button