Jenayah

“Mayat Dan Rangka Ditemui Mesti Ada Kaitan,” – Netizen

Tanggal 20 Mac yang lalu, media tempatan melaporkan mengenai satu kes jenazah di mana mayat seorang wanita telah ditemui di Bukit Putus dan juga satu rangka kanak-kanak yang berusia lima tahun serta dua mangsa dera ibu dan anak di hospital.

Berikutan itu, satu tangkapan telah dibuat di mana suspek, Khalid Redza Shuib, 41, dan anak perempuannya yang berusia 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kedua-duanya didakwa atas tuduhan membunuh Hanan Hasrul Izwan,5, dan juga Mariamah Abdullah Basam,29 tahun.

Selain itu, Khalid juga turut dituduh mendera Siti Syarifah Aibiddin yang dipercayai kekasihnya dan juga anak wanita itu yang berusia setahun 8 bulan.

Difahamkan, rangka kanak-kanak yang ditemui pihak polis merupakan anak kepada Siti Syarifah Aibiddin.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof, Khalid juga mempunyai rekod jenayah lampau atas tuduhan kes yang berlainan sekitar 11 tahun yang lalu.

Khalid pernah diburu polis pada tahun 2011 atas tuduhan menyembunyikan mayat seorang kanak-kanak perempuan dengan menanamnya di belakang rumah.

Datuk Osman Salleh selaku Ketua Polis Seremban pada waktu itu memaklumkan mayat bayi yang ditanam itu hanya ditemui empat bulan kemudian kerana ibu mangsa telah diugut dan dikurung oleh Khalid.

Dilaporkan juga Khalid telah mendera kanak-kanak malang tersebut sehingga nazak dan akhirnya meninggal dunia.

Berikutan panik, dia telah menanam mayat tersebut di belakang rumah sebelum berjaya ditangkap dan dia dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun di bawah Seksyen 201 kerana kesalahan menyembunyikan mayat.

(Visited 274 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button