Politik

Mau debat tunggu lepas Ramadan

Perdebatan antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai usaha menyelamatkan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) hanya akan diadakan selepas Ramadan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihaknya sedang melakukan rundingan dengan Ketua Pembangkang itu bagi mencari tarikh yang lebih sesuai demi menghormati bulan yang penuh kemuliaan ini.

“(Debat) nanti kita sedang runding, mungkin lepas Ramadan, sebab bulan ini banyak orang kata tak sesuai kalau debat diadakan.

“Sebabnya kita nak beri tumpuan kepada ibadat,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan di tapak Melaka Grand Ramadan Bazaar @Jalan Hang Tuah di Melaka, malam tadi, lapor MalaysiaGazette

Beliau mengulas demikian ketika ditanya perkembangan terkini mengenai tarikh debat itu setelah menyatakan persetujuan berdebat dengan Anwar sebelum ini mengenai isu Sapura Energy.

Sebelum ini, Najib menerusi hantaran di media sosialnya, memberitahu sudah meminta pasukan Anwar dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengaturkan dengan media jika berhasrat menyiarkan debat itu secara langsung.

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button