Agama

“Matahari terbenam, hati pun tenang…”

PETANG tadi, saya dan keluarga berpeluang menikmati satu pengalaman yang cukup istimewa – menyaksikan pemandangan maghrib dari anjung tinjau Menara Jam (Clock Tower Viewing Deck). Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut, dan langit berbalas warna jingga keemasan. Indah. Tenang. Syukur Alhamdulillah.

Jemaah Haji, Shahirah Mohd Puat berkongsi pengalaman:

Kami cuma diberi masa 50 minit untuk lawatan muzium dan anjung tinjau, tapi rezeki Allah luas – tak ramai pelawat hari ini, jadi kami dapat luang hampir 2 jam di atas sana. Lama sangat sampai sempat video call dengan family! Mak, abah, adik-beradik, anak-anak, dan abang sulung semua “ikut” naik sekali melalui panggilan. Seronok semua tengok panorama maghrib dari atas, terutama si kecil Danny dan Aiman – teruja tak habis-habis!

Kami naik sekitar jam 5 petang dalam cuaca panas terik, tapi turun-turun je… hari dah gelap. Memang rasa damai dan tak terganti pengalaman ni. Dapat solat Maghrib berjemaah di atas sana, anjung terbuka menghadap Kaabah, walaupun jauh, terasa dekat di hati.

Tips penting buat jemaah Malaysia:

Kalau nak naik viewing deck + muzium, harga asal 140 riyal seorang. Tapi jemaah Malaysia hanya bayar 100 riyal! Pastikan beritahu staff anda dari Malaysia, sebab mereka tak akan tanya. Kalau kita diam, mereka cas harga normal.

Saya sendiri jimat 80 riyal untuk 2 orang, Alhamdulillah… semua sebab terbaca perkongsian seseorang di FB. Jadi saya nak panjangkan rezeki info ni kepada anda semua pula. Kongsi dengan jemaah lain ya!

Kesimpulan:

Kalau masih di Mekah, singgahlah ke sini. Muzium Menara Jam pun sangat menarik, penuh dengan sejarah, kisah alam semesta dan pengetahuan waktu. Tapi paling mahal sekali – pengalaman rohani di puncak tertinggi Mekah.

“Kadang-kadang bukan tempat yang luar biasa, tapi momen yang membuatnya tak terlupakan.”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button