Ekonomi

LTAT isytihar dividen lima peratus

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengisytihar dividen sebanyak kadar 5.0 peratus bagi tahun kewangan 2023 dengan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah ini menyaksikan peningkatan dengan agihan pendapatan sebanyak RM476.45 berbanding pada tahun sebelumnya.
Tahun ini juga katanya, adalah tahun kedua berturut LTAT mengistiharkan kadar dividen sebanyak lima peratus.
“Dividen-dividen ini, telah dapat ditentukan kadarnya berasaskan kepada keuntungan dan juga reserve LTAT yang kukuh di sebalik yang menyatakan bahawa keadaan itu tidak terdapat dalam LTAT.
“Jadi kita percaya bahawa LTAT akan terus bergerak dengan baik dan cemerlang seperti yang telah saya katakan sebagai satu tabung pencen untuk anggota tentera yang berkhidmat.
“Pada masa yang sama LTAT mampu untuk memainkan peranan bagi menyertai dan memajukan ekonomi negara melalui penyertaannya dalam pelbagai bidang melalui anak- anak syarikatnya,” katanya di Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tahun 2023 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, kadar dividen LTAT telah mula pulih kepada 5 peratus pada tahun 2022 berbanding kadar yang terendah dalam sejarahnya iaitu 2 peratus pada tahun 2018.
Beliau berkata pendapatan bersih LTAT telah meningkat kepada RM537.80 juta pada tahun 2023 berbanding RM432.47 juta pada tahun 2022 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 24 peratus.
Tambah beliau, pihaknya akan memastikan LTAT akan terus memainkan peranan bukan sahaja menguruskan dana persaraan melalui aktiviti pelaburan yang mampan malah turut membantu merangsang ekonomi negara termasuk dalam sektor seperti perladangan, hartanah, farmaseutikal dan pelbagai lagi. – SM
(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button