Hiburan

Unicef umum kelahiran bayi pertama Katy Perry, Orlando Bloom

Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa- Bangsa Bersatu (Unicef) menjadi pihak pertama yang mengumumkan kelahiran bayi sulung pasangan Katy Perry dan Orlando Bloom.

Pengumuman berkenaan kelahiran bayi pasangan tersebut yang diberi nama Daisy Dove Bloom itu dibuat Unicef menerusi akaun Instagram mereka.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi berkaitan tarikh sebenar Katy Perry melahirkan bayi tersebut.

Menerusi pengumuman Unicef itu, Bloom memberitahu yang dia begitu gembira selepas proses melahirkan bayi pertamanya bersama Perry berjalan lancar.

“Kami beruntung karena tak semua orang merasakan pengalaman yang tenang ketika melahirkan anak seperti yang kami alami.

BACA> Karya seni muzik indie ibarat bertaraf antarabangsa

“Komuniti di seluruh dunia juga masih ada yang kekurangan pekerja kesihatan. Malah, setiap 11 saat, ada wanita mengandung atau bayi yang baru dilahirkan maut akibat penyakit yang sebenarnya boleh dicegah,” katanya.

Menurut Bloom lagi, sejak Covid-19 melanda dunia, banyak bayi baru lahir yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut disebabkan kekurangan sumber asas seperti air, sabun dan ubat-ubatan lain.

Jelasnya, dia bersimpati dengan ibu bapa baharu yang terpaksa berhadapan dengan situasi kesihatan yang sukar.

Bloom dan Perry sebelum ini merupakan Duta Goodwill Unicef yang memberi perhatian utama kepada kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia.

Pengumuman yang dibuat Unicef itu turut dikongsi Bloom di akaun Instagramnya bersama sekeping gambar yang dipercayai merupakan tangan anaknya.

BACA> Achey sedih lihat kemelut keluarga Ali Puteh, balu Abam 

Kelahiran bayi ini juga adalah yang pertama buat Perry manaka yang kedua buat Bloom selepas menimang cahaya mata bernama Flynn hasil perkahwinan bersama Miranda Kerr sebelum ini. -SM

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button