Berita

Sultan Kelantan isytihar Che Puan Nur Diana sebagai Sultanah

SULTAN Kelantan Sultan Mahammad V berkenan mengisytihar isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

Perlantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob yang membacakan pengisytiharan rasmi itu berkata, Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan isteri baginda, Pangkat Kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan

Pengistiharan tersebut dibuat menurut Fasal (1) Perkara Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. (Bahagian yang kedua).

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Amar Nik Abdullah Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Dalam pengisythiran yang sama Ahmad berkata, Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Pangkat Kemulian Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan kepada Che Puan Sofie Louise Johansson Petra. Isteri tengku Mahkota Kelantan. – BERNAMA -SM

(Visited 1,911 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button