Politik
Trending

Mat Sabu jangka PH kalah PRU akan datang

PAKATAN Harapan (PH) dilihat tidak mempunyai peluang untuk kembali menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

PH menjangkakan sedemikian selepas mereka kalah berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Julai lalu dan juga tahun lepas.

Perkara itu juga diakui salah seorang Ahli Majlis Presiden PH selepas melihat gabungannya seperti tidak mempunyai peluang.

“Kami menjangkakan PRU akan datang kemungkinan PH kalah kerana trend rakyat sudah mula menolak PH.

“Kami berbincang dan berusaha bagaimana rakyat terus menyokong kami secara demokrasi.”

BACA > Kibarkan Jalur Gemilang – Raja Muda Perlis – Suara Merdeka

Demikian kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam Dewan Rakyat dipetik laporan portal Free Malaysia Today, hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian mengulas megenai sikap beberapa wakil rakyat yang suka lompat parti.

Katanya sikap tersebut menyebabkan kerajaan tumbang dan juga wujud ketidakstabilan politik.

Tambahnya lagi, sikap wakil rakyat demikian adalah mudah dibeli dan dikuasai kemudian berisiko kepada pengaruh asing.

“Peruntukan untuk membeli seorang wakil rakyat katalah RM30 hingga RM40 juta, bagi seorang bilionair luar negara itu jumlah yang kecil.

“Hanya cukup mencari 112 orang wakil rakyat dia sudah dapat kuasai Malaysia. Tak kiralah sebelah kerajaan mahupun pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian dengan mengaitkan kejadian yang berlaku terhadap kerajaan PH yang tumbag pada Februari 2020.

BACA > Sungai Buloh: MBSA perlu pertimbang nasib penjaja B40, M40 – Suara Merdeka

Bagaimanapun kenyataan itu disangkal Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mencelah.

Beliau menjelaskan kejatuhan PH adalah disebabkan tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kalau Mahathir tidak letak jawatan, kerajaan tidak bertukar, jadi jangan tuduh bukan-bukan,” tempelaknya.

Terdahulu, bekas Pengerusi PH, Dr. Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri selepas dipercayai hilang sokongan.

Susulan tindakannya itu, kabinet secara automatik terbubar sehingga memerlukan kerajaan baharu dibentuk.

Proses tersebut mengambil masa sehingga Ahli Parlimen dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan untuk memilih Perdana Menteri baharu.

BACA > Bersatu Kelantan teguh di belakang Presiden parti – Suara Merdeka

Selepas pertemuan tersebut dan penyerahan perakuan pengisytiharan (SD), Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8. – SM

(Visited 759 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button