NasionalNegeri

Dua ditahan kes letupan bom luar pagar SK Padang Besar

KES letupan bom di bahagian hadapan luar pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Besar, Perlis selesai setelah dua suspek berjaya ditahan hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi semalam (16 Ogos), seorang pengawal keselamatan sekolah berkenan melaporkan telah berlaku kejadian letupan bom tersebut.

Mohd Shokri Abdullah

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata,
tidak sampai 12 jam juga dari tarikh kejadian, suspek pertama telah dikesan.

“Suspek pertama, lelaki berusia 42 tahun ini ditahan di rumahnya di Padang Besar pada pukul 5.30 petang semalam,” katanya.

Beliau berkata, ia melibatkan pasukan “Task Force” dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar yang terdiri dari seorang pegawai kanan dan 10 anggota.

“Hasil siasatan suspek kes ini mempunyai sembilan rekod lampau iaitu tujuh kes jenayah dan dua kes dadah,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Shokri berkata, ujian saringan awal air kencing suspek juga positif methamphetamine.

Katanya, suspek telah ditahan reman selama enam mulai hari ini.

“Hasil soal siasat pada pukul 11 pagi ini (17 Ogos) ke atas suspek pertama telah membawa kepada penahanan suspek kedua iaitu lelaki warga tempatan berusia 30 tahun di rumahnya juga di Padang Besar,” katanya.

Mohd Shokri berkata, suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah narkotik dan ujian saringan awal air kencing suspek positif methamphetamine.

Katanya, polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek kedua pada esok (18 Ogos).

Mohd Shokri berkata, hasil soal siasat mendapati suspek pertama mengaku penglibatannya manakala suspek kedua pula bersama-sama dengan suspek kedua di tempat kejadian.

Bagaimanapun katanya, pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek bagi mengetahui motif kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga boleh selama 14 tahun dan denda. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button