Nasional

Siasatan terhadap pembantu menteri bukti komitmen PM banteras rasuah

SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pembantu Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menunjukkan bukti dan komitmen kerajaan membanteras rasuah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu juga menjadi pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berulangkali kali mahu pegawai kerajaan bebas rasuah.

“(Penahanan) adalah bukti komitmen (Anwar) untuk membersihkan kerajaan daripada gejala rasuah.

“Kami (kerajaan) akan membenarkan SPRM menjalankan siasatan mereka. Jika mereka yang ditahan dibawa ke mahkamah, maka kita akan mematuhi proses mahkamah,” katanya.

Fahmi berkata, kerajaan tidak akan melindungi pegawainya yang didapati melakukan kesalahan sebaliknya pesalah akan menanggung sendiri dan menghadapi akibat daripada tindakan mereka.

Semalam, media melaporkan seorang pembantu Sivakumar ditahan SPRM.

Pembantu itu yang merupakan pegawai kanan Sivakumar ditahan bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing dan penahanan mereka dikatakan ada kaitan dengan siasatan membabitkan pengambilan pekerja asing.

Sivakumar juga berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasa selepas pegawai dari pejabatnya ditahan SPRM. – SM

BACA Kes rasuah Bung Moktar- Zizie Izette ditangguh sementara tunggu rayuan

BACA Kerajaan tegas laksanakan reformasi institusi, tatakelola hapus rasuah dan penyelewengan

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button