Nasional

Hati-hati bila buang bungkusan barangan dibeli atas talian

POLIS sentiasa memantau semua sindiket penipuan termasuk melibatkan penipuan menerusi maklumat yang terdapat pada bungkusan barangan yang dibeli menerusi platform atas talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kaedah pembelian barangan secara atas talian kini telah menjadi trend masyarakat.

“Setakat ini tiada lagi laporan berkaitan kes-kes sebegini. Tetapi kita sentiasa memantau sekiranya terdapat penipuan yang menggunakan modus operandi tersebut.

“Kita juga ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainuddin mengulas berkenaan satu video yang tular melibatkkan aktiviti penipuan dengan menggunakan maklumat peribadi yang terdapat pada bungkusan barangan yang dibeli di platform atas talian.

Menerusi video tersebut, suspek akan mengambil sampul yang dibuang itu dan akan pergi ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran.

Suspek juga akan memberitahu ahli keluarga mangsa bahawa barangan tersebut perlu dibayar sebelum diserahkan.

Dalam pada itu, Zainuddin turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberitahu ahli keluarga berkenaan barangan yang dibeli serta status bungkusan tersebut sama ada sudah dibayar atau tidak.

Tambahnya, orang ramai juga digesa untuk membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa penipuan dengan menggunakan modus operandi yang sama. -SM

(Visited 758 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button