Nasional

Covid meningkat 1,210 kes; kluster tempat kerja bertambah 4

JUMLAH jangkitan Covid-19 hari ini meningkat 1,210 kes dengan 1,191 daripadanya adalah jangkitan tempatan.

Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 499 kes, Selangor (259), Kuala Lumpur (238), Negeri Sembilan (67), Perak (47), Pulau Pinang (33), Kelantan (19), Johor (14) dan Kedah (8).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah lima kluster baharu dikesan hari ini dengan empat daripadanya adalah berkaitan kluster di tempat kerja.

Keseluruhan ketika ini daripada 162 kluster aktif 72 daripadanya adalah kluaster berkaitan tempat kerja.

“Peningkatan kes mendadak di negeri-negeri Lembah Klang akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh peningkatan kes berkaitan dengan tempat kerja.

“Ini berikutan ketiga-tiga negeri ini adalah pusat tumpuan warga pekerja. Kepadatan penduduk di negeri-negeri ini juga menjadi salah satu faktor risiko meningkatnya kadar kebolehjangkitan atau penularan penyakit COVID-19,” kata Dr. Noor Hisham.

Beliau menyeru agar pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar dalam sama-sama menangani jangkitan Covid-19.

Lima kluster baharu adalah Kluster Avenue, Kejora, Kasah, Summer dan Mengketil.

Kluster Avenue melibatkan daerah Penampang, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-39819) merupakan seorang penyelia tapak pembinaan yang dikesan pada 8 November.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 109 lagi kes positif Covid-19.

Kluster Kejora melibatkan daerah Kota Kinabalu. Kes indeks (iaitu kes ke-48798) dikesan positif pada 9 November. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan lagi kes positif Covid-19.

Kluster Kasah melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti hasil saringan pekerja di sebuah syarikat keselamatan pada 17 November.

Kesemua kes merupakan bukan warganegara dan sehingga 17 November 19 kes dikesan positif dan 51 individu lagi menunggu keputusan.

Kluster Summer melibatkan daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Kes indeks (iaitu kes ke-42775) dikesan pada 10 November. Seramai 19 kontak rapat dikesan positif.

Kluster Mengketil melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di Kelantan dan daerah Besut di Terengganu.

Kes indeks (iaitu kes ke-45094) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dikesan positif pada 13 November.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif Covid-19.

Keseluruh terdapat 12,788 kes aktif di Malaysia dengan 105 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 40 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak lima kematian ditekodkan dengan empat daripadanya berlaku di Sabah dan satu di Perak. Mangsa terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia 25 hingga 80 tahun.

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button