Nasional

Maszlee dipanggil polis untuk siasatan ekoran hadir pada penyerahan memorandum ke SPRM

AHLI Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik telah dipanggil polis untuk disoal siasat esok kerana menghadiri majlis penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Maszlee menulis tweet bahawa dia akan berada di ibu pejabat polis Putrajaya pada pukul 10 pagi.

Sehubungan kehadiran saya menyaksikan penyerahan memo oleh @AMKMalaysia  kepada @SPRMMalaysia  pada Isnin, 10/1/22 saya telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak @PDRMsia  esok:,” katanya.

Pasda Isnin dilaporkan sekumpulan anggota Pemuda PKR telah mengadakan protes aman untuk mendesak Azam berundur daripada jawatannya.

Kumpulan itu telah bergerak dalam konvoi 50 kenderaan dari Dataran Putrajaya ke ibu pejabat SPRM.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir kemudian berkata beliau, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, Naib Ketua Pemuda S Thiban dan setiausahanya, Syukri Razab, telah dipanggil polis untuk disoal siasat.

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button