Ekonomi

3 Usahawan wanita terima geran perniagaan bernilai RM3,000 dalam Liga Usahawan Wanita Selangor

Usahawan wanita, Sofea Chan Shu Fen Binti Abdullah yang merupakan seorang mualaf, akui sangat terkejut dan gembira apabila diumumkan sebagai pemenang utama dalam Liga Usahawan Wanita yang berlangsung di Sunway Putra Hotel baru-baru ini.

Pemenang utama Liga Usahawan Wanita Sofea Chan Shu Fen Binti Abdullah dengan jenamanya PopYummy

Sofea yang memulakan perniagaan pada tahun 2018, menghasilkan makanan ringan yang berkhasiat untuk semua orang, idea ini juga tercetus apabila melihat anak-anaknya yang suka dengan kudapan di rumah.

“Anak-anak saya memang sukakan kudapan tapi ikutkan tak seberapa bagus kerana banyak bahan tiruan jadi tidak baik untuk kesihatan oleh itu saya cuba untuk membuat snek kesihatan dengan jenama PopYummy”. Katanya.

Menurutnya program ini banyak memberikan manfaat, kerana Selangor Youth Community menyediakan beberapa kelas khas untuk para usahawan dan membantu untuk membentangkan kertas kerja di hadapan juri-juri.

“Sebelum ini saya tidak berani untuk membentangkan kertas kerja namun kini saya sedar perlu keluar dari comfort zon dan dalam program ini juga pelbagai saya belajar untuk memasarkan produk di masa akan datang.” Ujarnya.

Beliau juga akui pernah terduduk kerana faktor kewangan dan turut menasihati kepada usahawan di luar sana untuk berani hadapi cabaran.

Menariknya untuk pemenang tempat kedua ini menyediakan servis jahitan cover Steering dan PU Leather oleh Nor Sabrina Binti Nor Saidi bersama suaminya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Perniagaan yang dipelopori oleh lelaki kini tidak mustahil wanita juga boleh melakukan walaupun Sabrina berdepan masalah kesihatan jangkitan kuman di otak pada tahun 2020 sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk bergerak, kini beliau bangkit untuk membantu suami.

Tempat kedua, jahitan cover Steering

Menurutnya menyertai dalam program Liga usahawan ini untuk belajar cara bagaimana untuk memasarkan servisnya supaya dikenali oleh orang ramai.

Alhamdulillah rasa semangat semula untuk teruskan perniagaan ini dengan bimbingan dari guru dalam liga usahawan ini dan InsyAllah saya cuba untuk memberi terbaik dalam servis ini, harapan saya juga dapat meluaskan di seluruh Malaysia” ujarnya.

Jahitan cover Steering ini mempunyai dua jenis pilihan benang iaitu benang warna merah dan warna hitam malah mempunyai ketahanan lebih daripada lima hingga enam tahun.

“Walaupun di jahit secara handmade tapi kami menawarkan jaminan jahitan selama satu tahun”. Jelasnya.

Bagi pemenang ketiga pula, Fauziah Binti Abdus Somad, 37, sudah banyak kali menyertai pelbagai program dari institut luar namun tidak sangka boleh terpilih dalam pertandingan ini hasratnya juga untuk mengembangkan lagi produknya.

Ketiga pula, Fauziah Binti Abdus Somad berasaskan sayuran

“Saya banyak menyertai program tapi banyak yang tidak terpilih, saya pula jenis nak explore lagi kerana saya nak kembangkan.

“Dan rezeki saya pada kali ini berkat doa orang terdekat dan guru-guru dalam program Liga usahawan ini dan akhirnya saya di sini.

“Saya juga mengharapkan lebih ramai orang suka dengan produk berasaskan sayuran ini agar orang ramai tidak memandang negatif pada sayur dan saya perasan ramai rupanya rakyat Malaysia tidak suka sayuran malah niat saya bila saya dah inovasikan akan lebih luas permintaan.” Ujarnya.

Disamping itu Fauziah turut mengeluarkan produk seruding manjakani dan lobak putih khas untuk para ibu yang sedang berpantang.

Serunding manjakani Halia

Pemenang yang terpilih ini menerima geran perniagaan bernilai RM3,000. Mereka juga layak ke peringkat seterusnya iaitu Liga Usahawan  Wanita Selangor Plus.  Maklumat lanjut boleh layari https://selangoryouth.com/

Artkle berkaitan :>

Dari penganggur kini Hairul berjaya mencipta nama di seluruh Asia

Ujian pengesan ‘babi’ dinobatkan sebagai pemenang dalam liga usahawan Selangor

Exco Keusahawanan Selangor buka peluang perniagaan wanita B40 dan asnaf

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button