Nasionalpilihan

Suspek kes tembak di KLIA seorang hafiz

SUSPEK kes kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di tahan di pekarangan sebuah hospital swasta di Kota Bharu semalam adalah seorang hafiz

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata, berdasarkan siasatan suspek adalah seorang hafiz yang juga bekas pelajar sebuah pondok agama di Repek, Pasir Mas.

“Ketika soal siasat, kita ada menguji supaya suspek membaca al-Quran dan dia boleh membaca dengan baik.

“Pihak kami juga mendapati dia dalam keadaan normal, namun soal siasat akan terus dijalankan memandangkan tempoh siasatan yang dilakukan tidak sampai 24 jam selepas suspek ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Menurut Shuhaily, suspek ditahan sebaik sahaja keluar dari hospital untuk mengambil laporan perubatan.

Katanya, apa tujuan di mengambil laporan perubatan itu sama ada mahu memohon visa atau sebaliknya, masih dalam siasatan.

“Bagaimanapun, suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital swasta berkenaan sebelum kejadian tembakan dan suspek hadir semalam untuk mengambil laporan,” katanya.

Menurut Shuhaily suspek juga bergerak secara individu selepas kejadian tanpa dibantu mana-mana pihak.

Katanya, suspek terus ke Kelantan selepas kejadian tembakan tanpa berjumpa dengan sesiapa.

“Dia (suspek) hanya bergerak secara individu dan suspek juga sudah biasa dengan Kelantan memandangkan pernah belajar di sebuah tahfiz di Pasir Mas sebelum ini.

“Selepas kejadian kita dapati pergerakan suspek terus ke Kelantan tanpa dibantu sesiapa,” katanya. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button