Ekonomi

Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan tahun depan

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, satu kongres ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, kongres itu diadakan bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.

“Ikhtiar ini bermakna bagi memperkasa Bumiputera dan akan beranjak daripada tumpuan terhadap syarikat terpilih kepada program pengupayaan yang melibatkan lebih ramai usahawan dan lebih banyak syarikat Bumiputera berskala kecil dan sederhana.

“Ini bagi melahirkan kelas pertengahan Bumiputera yang dapat beralih daripada bergantung harap kepada gaji semata-mata kepada membina perniagaan yang meningkatkan pendapatan dan menambah nilai kepada ekonomi,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul khas bagi kelulusan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2023-2025.

Terdahulu, Anwar berkata semua perancangan dalam agenda pemerkasaan Bumiputera sebelum ini hanya memusatkan kayu ukur penyertaan Bumiputera dalam ekonomi berdasarkan pemilikan ekuiti semata-mata.

Beliau berkata selepas lima dekad, pemilikan itu masih belum mencapai sasaran 30% yang ditetapkan.

“Syarikat Bumiputera akan terus berpeluang untuk menerima manfaat sokongan pembiayaan daripada keseluruhan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada 16 agensi Bumiputera.

“Antaranya termasuk Majlis Amanah Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional, Ekuiti Nasional Berhad, Unit Peneraju Agenda Bumiputera dan Permodalan Nasional Berhad. Sokongan pembiayaan ini telah mencecah RM30 bilion sejak tiga Rancangan Malaysia terdahulu,” katanya. – SM

BACA SUPERB 2021 pemangkin pembangunan usahawan belia bumiputera generasi ekonomi pandemik

BACA Penyertaan semula Bumiputera dalam sektor ekonomi antara fokus PPN 2.0 – Muhyiddin Yassin

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button