fbpx
Ekonomi

MASkargo lakukan penerbangan sulung ke Myanmar

PENERBANGAN pesawat pengangkut sulung MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) ke Myanmar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon (RGN) Sabtu lepas dengan membawa 60 tan muatan untuk negara tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, MASkargo berkata, penerbangan MH6062 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) ke RGN seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok (BKK).

Ketua Pegawai Komersial MASkargo Mark Jason Thomas berkata, ia telah memberi perkhidmatan ke negara tersebut selama bertahun-tahun menggunakan pesawat penumpang.

Tetapi permintaan yang meningkat di Myanmar sejak akhir-akhir ini telah menyakinkan syarikat mengenai daya maju untuk menggunakan pesawat pengangkutnya ke negara itu.

“Dari Yangon, pesawat pengangkut itu seterusnya ke Bangkok,satu lagi pasaran yang mencatatkan aliran menaik baru-baru ini,” katanya.
Perkhidmatan mingguan itu melakukan penerbangan ke KUL-RGN-BKK-KUL setiap hari Sabtu bermula 4 Julai lepas. – BERNAMA


Show More

Related Articles

Back to top button