Alam SekitarBanjirBencana alamNasional

Masjid sekitar Wilayah Persekutuan sedia terima mangsa banjir

DALAM keadaan kecemasan kerana bencana banjir, masjid di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersedia menerima mangsa-mangsa banjir sebagai penempatan sementara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

Beliau dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyelaraskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Wilayah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata, masjid di seluruh WiLAYAH Persekutuan juga sudah bersedia untuk menyalurkan bantuan dan akan menyediakan keperluan yang bersesuaian.

“Pihak masjid juga menguruskan makanan melalui Program Dapur It’am dan JAWI Food Bank. Saya turut mengarahkan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan keperluan membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

“Saya berharap mangsa-mangsa banjir terus bersabar dengan ujian daripada Allah yang menimpa. Moga Allah mengangkat darjat kita disisiNYA,” katanya.

Sejak semalam, ribuan pengguna jalan raya terperangkap dalam kenderaan masing-masing selama berjam-jam berikutan banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian besar lebuh raya di Lembah Klang.

Kawasan yang terjejas teruk ialah Klang dan Shah Alam, Selangor yang mengakibatkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khasnya telah mengarahkan semua kementerian berkaitan menggerakkan aset ke kawasan terjejas bagi memastikan penduduk di kawasan banjir dipindahkan segera ke PPS. – SM

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button