AgamaNegeriRencah Hidup

Masjid Padang Katong guna Quran digital UniMAP

Memudahkan imam membaca surah al-Quran

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) memperkenalkan penciptaan Sistem al-Quran Digital Kawalan Tanpa Wayar (Quran Digital) untuk digunakan buat pertama kali semasa solat tarawih di Masjid Al Ariffin, Padang Katong, Kangar, Perlis.

Ia dihasilkan oleh penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi memudahkan imam membaca surah al-Quran.

Alat peranti yang digunakan bagi menukar muka surat Quran Digital ciptaan UniMAP.

Sistem ini telah dibangunkan Prof. Ir. Dr Anuar Mat Safar yang juga Pengerusi Masjid Al Ariffin, Padang Katong.

Dekan FTKEN Prof Madya Ts. Dr Azremi Abdullah Al-Hadi berkata, projek itu adalah hasil kerjasama masjid itu FTKEN, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Katanya, Imam 1 Muhammad Khidir Abdul Ghani telah menggunakan Quran Digital ini dalam solat terawih pertama pada Sabtu lalu dan ia telah berjalan dengan lancar.

Katanya lagi, imam akan membaca surah pada Quran Digital yang dipancarkan di skrin dan pergerakan setiap muka surat dikawal dengan pemakaian alat peranti pada pergelangan tangan.

“Antara staf dari FTKEN dan FTKM yang terlibat adalah Dr. Iszaidy Ismail, Dr. Ilman Jais, Ir. Dr. Wan Mohd Faizal Wan Abd Rahman, Mohd Haidiezul Jamal Ab Hadi dan Mohd Hazwan Mohd Hanid,” jelas beliau.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, UniMAP komited menghasilkan produk dan perkhidmatan yang boleh membantu komuniti setempat dalam jangka masa panjang termasuk sistem berkenaan.

Beliau berkata, sistem itu juga berpotensi untuk dikomersialkan dan digunakan di masjid, surau bahkan juga boleh digunapakai untuk kegunaan solat di rumah.

Zaliman berkata, ia selari dengan halatuju Perlis Go Digital sekaligus memberi kefahaman kepada masyarakat tentang budaya digital. – SM

(Visited 735 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button