Luar Negara

Masjid Besar Massy: Masjid mesra alam Perancis pertama

DIKENALI sebagai Masjid Mesra Alam yang pertama di Perancis, Masjid Besar Massy satu yang unik daripada segi penjimatan tenaga dan penggunaan sumber semula jadi secara cekap.

Masjid yang dibina di Massy di pinggir selatan Paris menarik perhatian ramai dengan struktur kubah kaca selain menara masjid yang sebahagian besar juga diperbuat menggunakan kaca serta tingkap dari lantai hingga ke siling.

Dengan dinding penebat dua lapisan, sistem pemanasan bawah lantai dan lampu LED, ia memastikan penggunaan sumber tenaga yang cekap.

Masjid yang dirasmikan pada 2019 itu menggunakan air hujan yang ditadah bagi tujuan pembersihan dan penyiraman tumbuhan hijau.

Bumbung masjid mempunyai salutan vegetatif menghalang kehilangan tenaga dan haba serta menghasilkan oksigen, tambahnya.


Masjid itu membabitkan belanja hingga €4.5 juta (USD4.74 juta) keseluruhan dan dibina atas sumbangan umat Islam di Massy dan seluruh Perancis.

Pengerusi Majlis Umat Islam di Massy, Mahmoud Ismail berkata, pembinaan masjid itu berdasarkan ajaran Nabi Muhammad 1,400 tahun lalu dan mengambil kira prinsip ekologi dalam al-Quran.

“Nabi Muhammad menggalakkan perlindungan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta mengelakkan pembaziran,” kata Ismail. – SM

(Visited 18 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button