AgamaNasionalNegeri

Masjid Alwi kenalkan insentif galak anak kecil jemaah Subuh

IBU BAPA atau waris yang datang membawa anak-anak kecil ke Masjid Alwi, Kangar, Perlis jangan terkejut sebab disediakan “sampul” untuk setiap jemaah junior sebelum pulang.

Tetapi “sampul” ini hanya diberikan untuk anak-anak kecil berusia 12 tahun ke bawah yang datang berjemaah pada waktu solat Subuh sahaja.

Tabung Rezeki Subuh Jemaah Junior di Masjid Alwi, Kangar untuk memberi peluang kepada orang ramai menjayakan program ini supaya berjalan lancar.

Ini merupakan usaha terbaharu Masjid Alwi bagi menarik perhatian anak-anak kecil supaya datang berjemaah di waktu solat Subuh.

Program Rezeki Subuh Jemaah Junior ini dilancarkan oleh Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang juga Pengerusi Masjid Alwi, malam tadi.

Mulai selepas solat Subuh pada Jumaat, hari ini, program menarik ini sudah bermula pemberian insentif ini.

Pada majlis berkenaan juga dilancarkan Tabung Insentif Rezeki Subuh Jemaah Junior bagi membuka peluang orang ramai menyumbang kepada program ini.

Mohd Asri juga turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Dalam ucapannya, Mohd Asri berkata, dalam Islam juga ada menganjurkan pemberian hadiah bgi anak-anak kecil sebagai galakan melatih mereka berpuasa dan solat.

“Mungkin pada peringkat awal anak-anak kecil ini seronok melakukannya kerana berharapkan kepada insentif ini,” ujarnya.

Mohd Asri berkata, beliau percaya lama kelamaan anak-anak kecil ini akan faham dan sebati dalam diri mereka di mana diharapkan terus istiqamah dalam menunaikan ibadah.

Tambah Mohd Asri, pemberian insentif RM3 untuk setiap kanak-kanak yang berjemaah ini adalah sebagai hadiah di atas kerajinan mereka.

“Jika rajin dan datang setiap pagi selama sebulan, sebanyak RM90 boleh dikumpul,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, anak-anak ini boleh menggunakan duit insentif ini sebagai wang saku ke sekolah ditambah dengan pemberian ibu bapa atau waris.

Beliau berharap pihak masjid-masjid lain yang ada di Perlis mengikut jejak langkah Masjid Alwi untuk melatih anak kecil berjemaah di masjid bermula dengan solat Subuh. – SM

(Visited 1,335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button