AgamaHiburanJenayah

Polis sudah rakam percakapan Caprice dan Mondy

SUSULAN pendakwah bebas Ebit Lew tampil membuat laporan polis kelmarin dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya, Polis sudah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan wanita Indonesia dikenali sebagai Mondy Tattoo bagi membantu siasatan.

Ebit Lew hilang dari media sosial

Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi pada kira-kira jam 12 tengah malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, rakaman percakapan Ariz Ramli atau Caprice dan Dita Restu Amanda atau Mondy itu diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

“Bagi melengkapkan siasatan kes ini, beberapa saksi lain lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi memaklumkan pihaknya sudah menerima arahan lanjut bagi menyiasat kes itu, semalam.

Polis hanya menerima satu laporan yang dibuat oleh Ebit Lew di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, kelmarin.

Dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongan daripada Ebit Lew.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

Sementara itu, seorang lelaki dipercayai bapa kepada Mondy memohon maaf kepada Ebit Lew atas kelakuan anaknya.

Lelaki itu mendakwa, mungkin anak gadisnya itu dalam tekanan atau digunakan orang yang tidak bertanggungjawab.

Reaksi lelaki itu disiarkan dalam satu video tular ketika bersiaran langsung dengan pendakwah, Ustaz Derry Sulaiman di platform TikTok.

Dalam sesi siaran langsung itu, bapa Mondy berulang kali memohon maaf kepada Ebit Lew atas keterlanjuran kata anaknya dan meluahkan perasaan sedih dengan apa yang berlaku.

Jelasnya, penyanyi Rap Caprice mahupun isterinya, Farra Elis tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin bagi membawa Mondy ke Malaysia.

“Tak pernah berhubung dengan saya atau minta izin dengan saya sebagai orang tua,” katanya.

Menurut lelaki itu lagi, Mondy juga tidak bertemu dengannya selepas pulang ke kampung di Kerawang, Indonesia sebelum kembali semula ke Malaysia.

“Pertama kali Mondy pergi ke Malaysia saya sudah minta dia bagi nombor sesiapa supaya saya boleh menghubunginya tetapi tak dapat.

“Jadi saya mahu berkomunikasi dengan siapa? Di sini juga kebingungan kerana minta nombor pak ustaz (Ustaz Derry Sulaiman) juga tiada.

“Anak saya Mondy susah diatur, Ya Allah, Ya Rasulullah, saya sebagai orang tua, bagaimana?” kata lelaki tersebut.

Di akhir perbualan dengan Derry, lelaki itu menangis dan mendoakan agar anaknya dalam keadaan baik.

“Saya hanya mendoakan anak saya Mondy semoga sihat di sana. Di sini orang tua hanya mampu mendoakan, tidak minta apa-apa dengan saya,” katanya.  – SM

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button