Politik

Prokalamasi Melayu bantu jentera PN

KENYATAAN PENUH

 

PEMIMPIN-PEMIMPIN PROKLAMASI ORANG MELAYU KOMITED UNTUK TERUS SOKONG PN PADA PRN INI

Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengingatkan semua pemimpin-pemimpin Proklamasi Orang Melayu untuk terus menyokong PN pada PRN ini tidak kira samada tersenarai bertanding ataupun tidak.

Kita mempunyai persamaan agenda besar untuk mengalahkan semua calon-calon dari PH dan UMNO yang tidak mampu untuk memimpin negara kita ke era lebih cemerlang.

Perdana Menteri hari ini hanyalah seorang ‘pot tin kosong’ dan ‘kaki temberang’ yang tidak mampu untuk memimpin serta memajukan semula negara kita.

Keadaan ekonomi, politik, sosial dan agama negara berada dalam keadaan yang tidak menentu serta terumbang-ambing.

Lebih dari lapan bulan memerintah negara kini keseluruhan rakyat sudah nampak secara jelas akan ketidakmampuan Anwar Ibrahim mentadbir tanahair ini secara berkesan.

Malahan, Anwar Ibrahim hanyalah seorang ‘pakar retorik’ yang setiap hari hanya mampu buat kenyataan ataupun ‘retorik politik’ semata-mata.

Sebelum Kerajaan Madani merosakkan negara ke tahap yang lebih parah keseluruhan rakyat tanpa kira kaum ataupun agama kena bangun menentang pemimpin-pemimpin kerajaan Madani yang hanya berpaksikan atau bersifat ‘dendam kesumat’ semata-mata bagi menganiayai musuh-musuh politik mereka.

Masa depan orang Melayu dan Islam kini sedang berada dalam keadaan yang amat mencabar kerana pendirian kerajaan Madani lebih menitik beratkan kepada konsep kepelbagaian kaum.

Orang-orang Melayu sukar lagi untuk berbicara dan membincangkan tentang penyatuan seterusnya menyelesaikan semua permasalahan bangsa Melayu.

Bercakap mengenai ‘Melayu’ dianggap ‘rasis’ tetapi dalam masa yang sama hak orang-orang Melayu amat jelas termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Yang menghairankan kita tidak pernah menganjurkan unsur-unsur provokasi terhadap ‘3R’ tetapi kerajaan Madani bersungguh-sungguh untuk menyekatkan segala pergerakan ataupun aktiviti-aktiviti Proklamasi Orang Melayu.

Hak kaum lain akan tetap dipelihara serta dihormati sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan negara.

Pandangan peribadi saya, Anwar Ibrahim adalah seperti ‘kacang lupa kulit’ yang dulu senantiasa bercakap mengenai kedudukan Melayu serta Islam di tanahair kita.

Tetapi kini bila mendapat kuasa sebagai Perdana Menteri ke sepuluh prinsip perjuangan beliau sudah pusing ‘tiga ratus enam puluh darjah.’

Inilah sikap hipokrasi Anwar Ibrahim

seorang yang ‘lidah bercabang’ tidak pernah ‘mengotakan janji-janji’ beliau.

Di hadapan kita beliau akan bercakap

lain dan di belakang akan buat benda lain.

Inilah jatidiri ‘penipu’ yang kuat menyelubungi dirinya.

Bagi saya juga lawan Anwar Ibrahim merupakan satu ‘jihad.’

Isu Anwar Ibrahim bukan persoalan politik tetapi ianya adalah bersangkutan dengan aqidah agama Islam yang berteraskan kepada ajaran Islam yang tulen berdasarkan pada Al-Quran serta As-Sunnah.

Sudah sampai masanya bagi keseluruhan orang-orang Melayu bersatu hati dan rapatkan saf perjuangan kita untuk memerangi kerajaan Madani yang ‘haprak’ ini.

Pada PRU yang lepas hakikatnya orang-orang Melayu sudah bersatu padu dan ‘malay votes bank’ sudah diberikan pada PN.

Tanggungjawab keseluruhan orang-orang Melayu harus menguatkan kedudukan PN untuk lawan secara habis-habisan dengan falsafah liberalisma kerajaan Madani.

Insya-Allah, pemimpin-pemimpin Proklamasi Orang Melayu akan terus berjuang untuk mengukuhkan kedudukan PN bagi menawan semua negeri-negeri yang terlibat dengan PRN ini.

Kami akan berganding bahu dengan keseluruhan jentera PRN PN di enam negeri bagi menjaminkan kemenangan PN.

Dalam ertikata yang lain, pemimpin-pemimpin Proklamasi Orang Melayu menghormati semua keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PN walaupun sudah beberapa kali berunding mengenai kerusi-kerusi untuk calon-calon Proklamasi Orang Melayu walaupun gagal kami tetap menghormatinya.

Sesungguhnya juga, kita mempunyai ‘common agenda’ untuk mengalahkan semua calon-calon PH dan UMNO pada PRN kali ini.

Matlamat kami untuk

menterjermahkan satu referendum rakyat’ yang jelas ke arah menolak kerajaan Madani yang ‘haprak’ secara total.

Yang Ikhlas,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Pengerusi

Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu

27 Julai 2023

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button