NasionalPendidikanUncategorized

PM mahu anak muda, mahasiswa berfikir secara kritis, corak masa depan

ANAK muda dan golongan mahasiswa mesti ke depan dalam urusan mencorak masa depan negara dengan mengangkat budaya berfikir secara kritis, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang kagum dengan soalan-soalan yang dilontarkan mahasiswa yang hadir dalam sesi wacana bersama anak muda Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata, soalan yang dilontarkan merangkumi persoalan tatakelola kerajaan, usaha membanteras rasuah, hak bersuara melibatkan golongan mahasiswa serta isu-isu lewat pendidikan.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sesi wacana bersama anak muda Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semalam.

“Dalam ucapan pendahuluan, saya singgung bahawa anak muda dan golongan mahasiswa mesti ke depan dalam urusan mencorak masa depan negara dengan mengangkat budaya berfikir secara kritis.

“Saya menggesa mahasiswa untuk terus mencambah budaya berfikir dan berwacana secara sihat dan terus mara menyikapi permasalahan yang memerlukan buah fikir anak muda demi negara dan rakyat terbanyak,” katanya.

Perdana Menteri Anwar berkata demikian pada sesi wacana bersama anak muda Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menjadi acara penutup dalam lawatan saya ke Kelantan kali ini menerusi platform ‘Temu Anwar’ yang dianjurkan Anwar Ibrahim Club (AIC), semalam.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Agama, Datuk Na’im Mokhtar mengiringi Pengasas Institut Ihsan, United Kingdom, Sheikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan pendakwah dari Gambia dan ulama, Sheikh Muhammad Heydara Al Jilani hadir pada Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Sementara itu, di Putrajaya, Pengasas Institut Ihsan, United Kingdom, Sheikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan pendakwah dari Gambia dan ulama, Sheikh Muhammad Heydara Al Jilani hadir pada Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

“Saya juga berbesar hati menerima kedatangan Sheikh Dr. Ekrima Sa’id Sabri, Imam Besar Masjid Al-Aqsa yang juga mantan Mufti Baitulmaqdis ke Seri Perdana.

“Sheikh Dr. Ekrima bukan sahaja seorang ulama malah beliau juga adalah seorang tokoh pejuang Palestin,” kata Perdana Menteri di Facebook beliau.

Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Anwar juga berkata, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ketiga-tiga tokoh ulama dunia Islam ini yang sudi berkongsi hikmah, panduan, nasihat serta doa mereka khususnya kepada negara Malaysia.

“Semoga majlis ini mendapat barakah dan bermanfaat dalam menyuburkan lagi tradisi keilmuan yang berteraskan pendekatan yang sederhana dengan adab dan kebijaksanaan,” katanya. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button