Nasional

1,578 anggota, pegawai polis di Perlis mengundi awal

SEBANYAK  1,578 anggota dan pegawai polis di seluruh negeri Perlis mengundi awal di sembilan pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pusat mengundi di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis melibatkan 533 orang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar (297 orang), IPD Arau (207 orang), IPD Pdg Besar (274) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Kompeni D (267).

Surina Saad membuang undi awal di Pusat Mengundi Dewan Serbaguna IPK Kangar pagi ini – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis.

“Setakat in saya difahamkan sejak pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi di Bangunan Serbaguna IPK sebanyak 15 peratus anggota dan pegawai polis telah keluar mengundi,” katanya pada media.

Sebelum itu, Surina sampai ke pusat mengundi pada pukul 8.30 pagi untuk membuang undi.

Anggota dan pegawai polis mendaftar bagi mengundi di Dewan Serbaguna IPK Kangar.

Surina berkata, setakat ini proses pengundian melibatkan anggota dan pegawai berjalan lancar.

Katanya, pihaknya setakat inu hanya satu laporan polis diterima apabila pengadu di Kangar ini mendakwa berlaku kekurangan pada bendera yang dipasang.

Surina berkata, sebanyak 215 permit dikeluarkan di mana 88 untuk ceramah dan 127 bagi kempen bergerak. – SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button