Nasionalpilihan

Azalina jadi Penasihat Khas kepada PM

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).

Difahamkan, beliau menerima surat pelantikan itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Melalui Facebooknya pagi tadi, Azalina yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan berkenaan.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan.

“Insya Allah, dengan kudrat yang ada, saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Azalina turut berkongsi foto beliau menerima surat pelantikan berkenaan daripada Perdana Menteri.

Azalina meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos lalu atas beberapa alasan.

Antara alasan berkenaan termasuk disebabkan kapasiti moral peribadi, yang mana katanya, terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan. -SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button