Nasional

Lelaki mati tertimbus ketika menggali telaga di Kelantan

SEORANG penggali telaga maut apabila tertimbus hidup-hidup ketika menurunkan gelung simen ke dalam perigi yang baru digali di Masjid Kampung Gelam, Tok Uban, di Pasir Mas semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Adnan Mat Juri berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23 tahun.

Beliau berkata sepasukan 10 anggota bomba dari balai itu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang semalam.

“Setibanya di tempat kejadian pada jam 6.17 petang, mereka mendapati mangsa tertimbus dalam perigi sedalam kira-kira enam meter,” katanya.

Adnan berkata, mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam pada 7.15 malam dan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan.

Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya. – SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button